lumansar Mr | menari di atas lansaran. | Sebaik saja lansaran dijalankan maka setiap orang haruslah ikut serta lumansar dan berusaha untuk mencapai tengkorak yang terletak di tiang tinitundob. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beserara Ib | suatu upacara memisahkan roh orang yang sudah mati dengan roh orang yang masih hidup yang dijalankan oleh pawang – serara’ bungai. | Yang awak punya, keluarkan juga! kata Keling kepada Tuam. Tuam pun mengeluarkan pua kumbunya yang digulung kecil, sebesar sumpitan. "Eh.... itu aku punya, jangan keluarkan itu. Itu adalah upah upacara beserara aku petang kelmarin. Itu bukan pua kumbu yang awak buat," kata Nek Manang. Apabila dihampar oleh Tuam, kelihatan pua kumbu seluas ruai. Apabila disambung pua kumbu itu tidak dapat bersambung. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinitundob Mr Tl | tempat menyangkutkan tengkorak, bahagian ini terletak di tengah siling dewan lansaran. | Sebaik saja lansaran dijalankan maka setiap orang haruslah ikut serta lumansar dan berusaha untuk mencapai tengkorak yang terletak di tiang tinitundob. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
popoiib Kd | upacara penyimpanan padi yang telah dibersihkan ke dalam jelapang padi. | Apabila padi yang telah dituai mahu disimpan di dalam Tangkob, upacara Popoiib dijalankan. Bobohizan mengaut padi menggunakan nyiru dan membubuh padi di dalam Tangkob. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monomparoi Tb | adat ketika berhuma. | Hatinya berasa amat geram dengan perubahan yang mendadak itu. Baginya, menanam padi dua kali setahun itu akan melenyapkan adat monomparoi yang sudah dijalankan sejak lama. Lagipun penanaman padi dua kali setahun itu belum pernah dibuat. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
narum, *narum tarum* Ib | proses untuk mendapatkan warna hitam dengan menggunakan daun tarum. | Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. Setelah proses ini selesai benang itu dimasukkan ke dalam air pewarna yang dipanggil tarum. Proses ini dipanggil narum. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mampul Ib | suatu proses pemisahan warna pada kain pua kumbu iaitu dengan cara mengikat kain tersebut dengan lembar tali nilon. | Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |