gawai antu Ib | upacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban. | Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sinalau Kd, Tb | daging salai. | Pada suatu hari, orang kampung akan mengadakan satu majlis keramaian, dan mereka yang dijemput haruslah membawa sekeping sinalau (daging kering). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
munti Ib | sejenis buluh, rebungnya boleh dimakan atau dibuat sayur. | Mendirikan tiang kelingkang di tanju semasa tetamu yang dijemput tiba semuanya sudah. Tiang yang didirikan ialah daripada buluh jenis munti. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngingit Ib | riang-riang. | Mendengar ngingit berbunyi pada waktu tengah hari di huma amat tidak baik dan pantang besar. Suatu upacara mesti diadakan untuk mengurangkan alamat buruk ini dan orang yang dijemput, mestilah orang yang benar-benar berkebolehan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tegunggu Kd Pn, Mr | set gong bambu yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi yang berlainan. Ia dimainkan untuk mengiringi tarian semazau. | Lupakan saja perkara yang dah terlanjur itu. Aku pun dah meletakkan jawatanku daripada menjadi ahli kumpulan tegunggu di kampung kita. Kalau dijemput pun, aku tak perlu ikut lagi. Tak dapat upah pun, tak mengapalah. Asal saja kita hidup bahagia semula. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun sekejap Tb | sejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari. | Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selampandai Ib | sejenis belalang yang dipercayai boleh memberi petanda tentang jantina anak yang bakal lahir. | Mendengar selampandai berbunyi pada waktu tengah hari juga pantang besar. Kalau burung ini didengar di huma, suatu upacara bagi mengurangkan alamat buruk yang dibawa oleh burung mesti diadakan di huma itu. Orang yang memang mahir dalam perkara ini juga mesti dijemput. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |