lambai Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Beluran. | Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pemalung Bj, Sl | bahagian belakang lepa. | Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai ‘panga’, manakala bahagian belakang dipanggil ‘pemalung’. | www.berita Harian .com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangkad Kd Kj | sejenis baju tidak berlengan yang dipakai oleh penari lelaki. | Baju mereka dikenali dengan nama bangkad - diperbuat daripada benang kapas yang ditenun, potongan baju ini tidak bertangan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
panga Tb | kayu yang bercabang dua yg digunakan sebagai tempat menyangkut pengayuh. | Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai ‘panga’, manakala bahagian belakang dipanggil ‘pemalung’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
hintuun Kd | ruang tamu. | Bobohizan dan pembantunya akan duduk di lantai dalam sebuah bilik khas yang dikenali sebagai Hintuun. Bobohizan akan berdoa kepada Bambaazon disertai nyanyian pemujaan yang mengambil masa lebih kurang dua jam. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sayat sa rending Ir | upacara membuka tirai pelamin semasa majlis persandingan. | Pelamin, ditutup dengan kain sebanyak tiga hingga tujuh lapis yang dikenali sebagai sayat sa rending. Upacara untuk membatalkan air sembahyang iaitu dengan cara menyarungkan cincin di jari perempuan. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngesoh, *ngesuh* Ib | menghembuskan nafas. | Upacara perkahwinan pun terus dilangsungkan. Sesudah itu Gupi pun melahirkan seorang anak yang diberi nama Geraman. Anak itu dikenali juga sebagai Ensoh kerana apabila hendak bercakap dia mesti menghembuskan nafas atau ngesoh terlebih dahulu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
salingguru Bj, Sl | tali panjang pada lepa. | Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
panji-panji Bj, Sl, Tb | hiasan lepa. | Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
loposon Kd | tali yang ketiga terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada tongkungon. | Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |