lembak Bj | kain perca berwarna-warni yang dijahit halus, ia biasanya dipasang pada dinding dalam majlis perkahwinan. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarnawarni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tukak Ib | ranjau yang diperbuat daripada buluh nibung atau kayu yang dibentuk runcing di hujungnya. Ia dipasang di tanah untuk melukakan kaki sesiapa yang memijaknya. | Ketika musuh-musuh yang melarikan diri itu berlari di atas titian, titian itu pun patah. Kesemua musuh lalu terjatuh bersama titian yang patah itu. Ada yang mati dan ramai yang tercedera ditembusi tukak yang dipasang oleh Berauh Ngumbang di bawah titian. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kasip Kd | perangkap yang dipasang di dahan pokok untuk menangkap haiwan kecil seperti tupai. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taleb LB | sejenis alat menangkap ikan seperti bubu tetapi ia dipasang mengikut arus dan mempunyai umpan yang selalunya daripada daging, ubi dan sebagainya. | Mereka pun mula membuat taleb dan memasangnya di dalam lubuk itu. Terdapat banyak ikan datang apabila mereka menaruh umpan ubi ke dalam taleb itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gado Kd | sejenis perangkap tradisional binatang kecil seperti tupai dan tikus yang dipasang pada dahan kayu. | Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mering LB | sejenis perangkap ikan berbentuk seperti bubu tetapi ia tidak mempunyai injap dan dipasang secara melawan arus. Ia diperbuat daripada buluh. | Di hilir sungai itu ada sebuah mering kepunyaan Angi. Libau pun naik ke atas tebing dan menghampiri pondok Angi tadi. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tonggilis Tb | rawai. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tawi Tb | sejenis ikan air tawar. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lontong I Tb | sejenis ikan air tawar yang boleh dimakan. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
unus lebus Ib | gelang perhiasan yang dipakai di betis (untuk lelaki). | Keling terus bangun dan mengenakan pakaiannya. Dipakainya gelang engkerimok yang dibuat daripada resam rimba. Dipasang di atasnya gelang betis unus lebus yang membuatnya menyerupai orang bukitan tapus pulang mengembara. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |