Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
mogsorakan Tb | adat pinangan suku kaum Sungai yang tidak boleh ditolak oleh kaum perempuan kecuali hantaran dikembalikan dengan satu kali ganda. | Seminggu kemudian, Toksin datang dan mogsorakan kepada Mondoi, anak gadis Ambuyat. Perkahwinan sudah pun ditetapkan harinya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pitulak Bj, Sl | sejenis perahu kecil yg diisikan dengan makanan dan ditolak ke laut sebagai persembahan tolak bala. | Masyarakat kampung sudah berkumpul membantu dukun menyiapkan lepa Pitulak itu. Mereka sepakat mengatakan di kampung itu sedang dilanda hantu laut. | “Pitulak” | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
antap MSr | melampau, berhabis-habisan. | Celaka manuk! Antap sungguh kenenan Kassim. Terhenyak Bidin mendengarnya. Hendak ditolak, walhalnya benar. Hendak tak hendak, terpaksa juga Bidin mengekek mengiringi ketawa rakannya yang memang terkenal penyakat itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ponggah Tb | angkuh. | Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bantugan Bj | orang yang tersohor kerana kegagahan dan kebijaksanaan. | Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kembali ke atas