poposisip Kd | upacara menyisip tujuh tangkai padi yg dituai semasa upacara kumotob pada bilah buluh yg dibelah dan diletakkan pada dinding jelapang. | Bobohizan akan menuju ke rumah padi untuk menjalankan upacara Poposisip. Di dalam rumah padi sambil membaca mantera, Bobohizan mengeluarkan ikatan padi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang buluh yang terdapat di Tangkob. Mantera dibaca untuk memohon agar Bambaazon tinggal di rumah padi hingga musim menanam yang seterusnya tiba dan bambaazon tersebut dipohon turun semula ke sawah. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linamin Tb | tempat khas untuk menyimpan padi yang dituai, kepuk padi. | Memang. Sebetulnya sudah kuduga, pakcik. Dia memang tidak setuju dengan rancangan ini. Dia mahu kita lakukan cara dulu. Cara kita yang mesti ada punsuan linamin dan sebagainya. Bukankah itu sudah ketinggalan zaman? | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
popoiib Kd | upacara penyimpanan padi yang telah dibersihkan ke dalam jelapang padi. | Apabila padi yang telah dituai mahu disimpan di dalam Tangkob, upacara Popoiib dijalankan. Bobohizan mengaut padi menggunakan nyiru dan membubuh padi di dalam Tangkob. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sundait Kd | teka-teki. | Sundait adalah teka-teki kaum Kadazan/Dusun. Kegiatan berteka-teki berlaku bila-bila masa selepas tangkai pertama padi baru dituai dan sebelum penanaman benih semaian untuk musim akan datang dimulakan. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |