jubata Sk | dewa. | Mungkin inilah sialnya, gerutunya dalam minda yang sempit dan semakin payah digunakan untuk berfikir itu. Tulah apalah ini! Huh, disumpah Jubata agaknya. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alai sekafi Ln | sejenis tarian yang ditarikan selepas berjuang. | Sekembalinya dari berperang inilah Tarian Alai Sekafi akan dipersembahkan tanda rasa kesyukuran dan kemenangan pahlawan yang pergi berjuang. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bengkeng MSr | degil. | Dalam banyak perkara yang kufikir-fikirkan, sejak Jasi mula bengkeng inilah aku berasa semakin teruk. Kerja dapur memang tidak pernah ditolong orang. Kerjaku di luar rumah tidak pernah berkurangan. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
adai-adai MBr | lagu untuk mengiringi tarian tradisional suku yang berkenaan. | Pada suku Berunai, Madayut inilah merupakan satu-satunya tarian yang benar-benar membawa erti ‘tarian’, kerana lain-lain tarian seperti Samalindang, Adai-adai, bukanlah tarian yang benar-benar memenuhi istilah ‘tarian’ seperti yang semestinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ulun I MSb | orang suruhan, hamba (bahasa halus). | Huma dan sawah mereka luas. Ramai ulun mereka “ulun” inilah menjadi tenaga kerja kepada orang-orang kaya itu, sebab itu mereka tidak lapar. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rosok Kd | sejenis tumbuhan yg kulitnya digunakan utk memberi warna merah dan rasa pahit todi. | Kulit kayu yang dipanggil rosok inilah yang memerahkan air nira untuk menjadi sedikit pahit dan mengeluarkan semacam gas. | Bahar | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
arong Ib, Ml | laluan, lorong pada jalan atau sungai. | Telur ayam dipecahkan di kepala orang yang pengsan itu. Berdasarkan ajaran inilah orang yang pengsan kerana laluan arong semasa upacara gawai dipulihkan dengan menggunakan telur ayam. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelibas MSb | penawar racun. | Tidak, Embok Ali akhirnya membawa orang-orangnya menyerbu ke arah kompeni. Mereka menyerang dengan keris terhunus. Ketika inilah anak murid Embok Ali itu berdiri, lalu dia menjerit dan membaca pelibas dan petunangnya. Dia menjerit: Apa boleh buat Pak Guru, bertempurlah kita!" | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
papau Ib | sejenis burung yang membawa alamat menurut kepercayaan Iban. | “Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pangkas Ib | sejenis burung yang membawa alamat menurut kepercayaan Iban. | “Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |