parai Ib | mati (bahasa kasar). | Kalau begitu reaksinya terhadapku, parai ia laban aku, dan kalau aku bertindak begitu, semua orang akan mengatakan aku yang bersalah walau apa alasan yang kuberikan sebagai sebab tindakanku itu begitu. Kalau laki membelasah bini, mustahil atau kalau ada pun jarang-jarang orang akan menyalahkan bini. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seladan Ib | sejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar. | Beberapa helai seluar dan baju lusuh terbungkus erat dalam sebuah plastik juga dimasukkannya ke dalam perut seladan. | Mengepung Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selabit Ib | sejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar. | Maja pun pergilah dengan membawa selabit dan sebaik saja dia pergi Keling dan kawan-kawannya bangunlah. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lamba Kd Kl | sejenis tumbuhan (curculigo latifolia) yang boleh ditenun menjadi kain. | Satu cara menghasilkan sejenis kain kasar dari lamba (Curculigo latifolia) kini jarang dibuat sehingga hanya dua orang sahaja wanita sudah berumur di Kiulu yang masih mempunyai pengetahuan untuk menghasilkan kain tersebut. | Bengkel Anyaman/Tenunan Dan Pewarnaan Tradisional | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanut MSb | pisang tali; Musa textilis. | Bahagian tenunan dalam pameran ini menunjukkan empat jenis benang yang digunakan untuk menenun seperti berikut: a) Benang kasar yang diproses daripada pisang lanut (Musa textilis): | Bengkel Anyaman/Tenunan Dan Pewarnaan Tradisional | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |