memangkis, *mamangkis* Kd | jeritan semangat yang dilaungkan oleh orang lelaki semasa tarian sumazau atau meraikan kemenangan. | Suara orang memangkis juga semakin nyaring kedengaran. Tujuan mereka memangkis itu adalah untuk memberi semangat kepada tentagas. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
limun Bj Sm | berkenaan sesuatu yg samar-samar atau belum kelihatan. | “Emboh Temah, Embo Nukung, janganlah kiranya kalian mendabik dada dengan kemenangan awal yang kita kecapi kerana perjuangan kita masih limun dan sudah pastilah Belah Darag tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami,” Embo Bani mengingatkan kedua-dua orang wira Desa Selengkutai itu. Embo Bani tahu tidak akan berdiam diri. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alai sekafi Ln | sejenis tarian yang ditarikan selepas berjuang. | Sekembalinya dari berperang inilah Tarian Alai Sekafi akan dipersembahkan tanda rasa kesyukuran dan kemenangan pahlawan yang pergi berjuang. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |