Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kh


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
terkanjat Kh, MSrterperanjat, terkejut.Jimbai yang turut terkanjat oleh perbuatan si Mayau menoleh lalu terserempak dengan gelagat Umbai yang terkulat-kulat membetulkan dirinya di muka pintu itu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
talun Kh, LBsejenis pokok yang kulitnya boleh dibuat pakaian, tali, dan topi.Apabila Acung Belu sudah pergi, Libau Buduk pun duduk berehat di atas lesung sambil menunggu. Tidak berapa lama kemudian, dia pun ternampak seorang yang berpakaian talun membawa tayen belalung.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
Bungan Kh, Knkepercayaan agama (campuran antara Lama dan Kristian).Saya tak kisah sangat tentang itu, sambung Bapa Frank dengan serius sambil menyedut paipnya, jika dia juga beragama Katolik. Tetapi dia pagan Bungan. Saya tak boleh bertolak ansur dengan perkahwinan campur di kawasan pengawasan saya. Mereka telah banyak menyebabkan perceraian keluarga di sini.Anak Bangsawan HarimauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lusong Ky, Kh, LB, Pekurap.Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kayau Ib, Khmembunuh orang untuk diambil kepala dan harta bendanya dengan tujuan untuk mendapat pengiktirafan atas keberanian dan kepahlawanan seseorangPeperangan ataupun kayau terbesar yang pernah mereka lakukan ialah kayau menentang Apai Sabit Bekait semasa mereka mengayau ke langit. Mereka berjaya dalam kayau ini dengan membunuh ramai musuh.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sape, *sapi* Ib, Khalat muzik bertali seperti gitar.Pada waktu malam dia akan tidur dengan nyenyaknya dibuai alunan irama dari tali sape itu.Novel Antara Dua KepercayaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
maran, *maren* Kb, Kh, Kngolongan aristokrat.Akan diukir secantik-cantiknya, sesuai dengan asal-usul isterinya sebagai orang maran, anak tunggal mendiang Temenggong Tilo.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giak II Ib, Kh, MSrkayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu).Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga.Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
bercenaga, *bechenaga* Ib, Khupacara ramalan yang dilakukan oleh manang atau lemambang untuk menentukan baik buruknya sesuatu alamat yang dibawa oleh burung atau melalui mimpi seseorang. Ramalan ini dilakukan dengan cara melihat pada hati khinzir yang telah disembelih, bentuk urat pada hati khinzir itulah yang menentukan nasib sesiapa yang berkenaan itu. Upacara ini biasanya untuk tujuan meramalkan kejayaan seseorang.“Lain kali,” nasihat Dayang Manis Muka, “kalau awak mengadakan upacara bercenaga, awak boleh menggunakan hati anak babi untuk melihat perutusan dewa-dewa sama ada untuk melihat keadaan kesihatan atau untuk melihat nasib.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
akik Bd, Ib, Khdatuk lelaki.Dia pasti, memanglah Icut dan adik-adiknya ke Siol Kandis dan bermalam di rumah akik dan inik mereka.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas