pengilan MSr | menghadiri majlis kenduri. | Lagipun kalau ditakdirkan Khatijah bertemu jodoh, bukan orang lain yang akan berlaki, dia sendiri juga. Kalau dia terus tidak berlaki pun nasibnya juga. Yang dia pasti ialah kalau Khatijah bertemu jodoh, dan kalau pernikahan dimeriahkan, dia akan pengilan. Dia mesti pengilan kalau diseruk. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penyaram Ib, LB, MSr | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah yang telah diadun dan seterusnya digoreng. | Tiga empat begitulah. Dia mengambil sendiri kuih rangin itu dan memasukkannya ke dalam karung plastik kecil yang dikhaskan oleh Khatijah untuk memuatkan kuih yang dibeli orang. Kemudian dia mengambil sebuah karung lain dan mengisinya dengan empat biji kuih penyaram. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |