Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khususnya


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
keladi lantang Ibsimpulan bahasa Iban yang bermaksud menjadi tumpuan perhatian khususnya seseorang.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bungkan Ibsejenis bekas berbentuk silinder yang dibuat daripada batang buluh dan berpenutup. Ia digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis barang khususnya hap mulut.Selepas itu Simpurai pun mencari tulang rusa yang sudah kering untuk dibuat menjadi sulat iaitu sejenis alat untuk menganyam. Dia lalu mengajak Laja membuat sulat serta sisir dan bekas bungkan untuk menyimpan sesuatu. Apabila semuanya sudah siap Simpurai menghantar barang-barang tersebut kepada Keling untuk disampaikan kepada adik Arau.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pingan Ibbuah terap hutan, daunnya lebar berbuah bulat berbulu dan berwarna kekuningan.Setelah lama berkahwin, isterinya pun hamil dan mengidamkan berbagai-bagai jenis buah khususnya pingan tetapi waktu itu bukan musim buah. Jengkuan berasa sangat kasihan melihat keadaan isterinya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mitatabang Kd, Tbgotong-royong.“Dengan perpaduan politik yang kuat yang dicapai melalui BN, majlis-majlis kebudayaan seperti Lawatan Tahunan ke Nunuk Ragang harus diberi sokongan penuh, khususnya oleh pemimpin-pemimpin KDM, untuk memperkukuh semangat mitatabang (gotong-royong) dan memperkukuh semangat kekitaan di kalangan masyarakat itu.”Daily Express (Harian Ekspres)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas