pomipitan Rg | tempat persinggahan. | Apa sebaliknya terjadi, semasa ah Runsud pergi, tempat yang dia lalui itu dia pacak dengan kayu! Hinggalah dia sampai satu tempat yang dinamakan Pomipitan, dalam bahasa Melayu dinamakan "tempat persinggahan". | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
capi-capi MSr | kelakuan dan kata-kata yang tidak senonoh, celupar. | Sebenarnya hutan itu tidaklah setebal hutan di bukit yang mereka lalui tadi. Barangkali hutan paya, fikir Kasim. "Ingat! Di sini jangan capi-capi. Dali, kautahu keadaan di hutan. Jadi hati-hati," ujar Pak Tunggal. | Novel Senapang Bemban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |