lampit Ib | sejenis tali pinggang perempuan yang diperbuat daripada perak. | Sanggul renda terselit bunga-bunga sedang mengembang. Rawai sungguh sesuai menyarung riba mengelilingi pinggang. Kain berukiran amat menawan beraneka bentuk tiada lapang. Gelang tumpa amat bergaya pemasangannya tiada pincang. Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
enyawir Ib | sejenis perhiasan yang dibuat daripada duit syiling untuk diikat pada tali pinggang. Ia kelihatan seperti sisik ikan apabila dipandang dari jauh. | Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpa Ib | gelang yang diperbuat daripada perak biasanya dipakai oleh gadis Iban. | Pada sanggul lintang mereka tersemat sebuah sikat. Lengan mereka dihiasi dengan gelang tumpa dan betis dipasukkan gelang keruncung sementara pinggang dililiti lampit. Di leher mereka terdapat dua kalung manik dua belitan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sengkilong, *sengkiling* Ib | duit syiling yang diikat di tali pinggang yang biasanya dibuat sebagai barang perhiasan wanita. Ia akan bergerak dan berbunyi ketika berjalan. | Kalau emak mahu melihat Berenai hidup kembali, emak berikanlah dia lampit dan sengkilong. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |