lanji Ib, MSr | gatal, miang. | Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekaran Ib | sejenis bekas yang tinggi serta bertiang di keempat-empat sudutnya dan diperbuat daripada anyaman rotan untuk mengangkut padi, saiznya lebih kecil sedikit daripada lanji. | Ada di antara mereka juga berkelahi dengan Duat Simpungga atau Bujang Simputang Medang kerana berebut batu punggung kerengga iaitu satu azimat lama sebesar bakul tekaran. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kiak-kaung Bd, Ml, MSr | terjerit-jerit, terlolong-lolong. | Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |