lingkoh Bj | Ikan alu-alu; Sphyraena jello. | Azmi sudah lama menghulur mata kailnya ke dalam laut. Kini dia menunggu. Pak Cik Hassan pula dapat menarik seekor lagi ikan lingkoh sebesar yang ditangkap oleh Amir. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
masap Bj | keadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya. | Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lembak Bj | kain perca berwarna-warni yang dijahit halus, ia biasanya dipasang pada dinding dalam majlis perkahwinan. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarnawarni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ambal Ib, MSr | sejenis hidupan laut (solen brevis) yang berbentuk separuh selinder. Ia terdapat di beberapa kawasan persisiran pantai berpasir di beberapa bahagian di Kuching dan Samarahan. Ambal merupakan makanan laut yang enak dan popular. | Apabila ambal terkena campuran kapur ia akan menolak lidi tersebut dan cuba keluar dari pasir. Dengan pantas ambal akan diterkam dan dicabut sebelum ia sempat masuk kembali ke dalam pasir. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gadus MSb | sejenis tembaga. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarna-warni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jubata Sk | dewa. | Mungkin inilah sialnya, gerutunya dalam minda yang sempit dan semakin payah digunakan untuk berfikir itu. Tulah apalah ini! Huh, disumpah Jubata agaknya. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
serimpak, *sarimpak* Bj Sm | mahkota. | Rohayu memicit pangkal keningnya, menggoyangkan serimpak yang menghiasi kepalanya dan menggerakkan kelambu biru laut yang mengelilingi katil pengantin itu. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumpis Bj, Kd | sejenis ikan seluang; Rasbora spp. | Amir mana tahu di mana ada ikan di laut ini. Kalau mencari ikan puyu, ikan haruan dan ikan lumpis, dialah raja, perli Lina sambil senyum. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpis MSb | petah bercakap (bkn kanak-kanak). | BUKAN main tumpisnya mulut Minarni malam itu. Ia menceritakan kepada ayahnya betapa Yanti mengalahkan pemudapemuda di kampung itu dalam perlawanan sepak manggis petang tadi. Kelincahan Yanti mendapat sorotan yang amat baik dari adik sepupunya itu. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |