naik jabar MSr | perasaan terlalu marah, naik radang. | Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
molukas Kd | upacara membersihkan dan menyapu rumah selepas hari ketujuh si mati dikubur. | Pada hari yang ketujuh selepas mayat si mati dikubur, keluarga si mati akan melakukan upacara membersihkan dan menyapu rumah. Upacara ini dipanggil "Molukas" atau "Momgimuau". Tujuannya adalah untuk membuang kesan-kesan peninggalan si mati supaya keluarga yang masih hidup tidak diganggu oleh roh si mati. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
momisok Kd | upacara memanggil roh si mati pada malam hari yang ke-6 selepas si mati dikubur. | Di akhir upacara, dukun wanita itu memohon supaya roh si mati mendoakan kesejahteraan hidup keluarganya. Pada sepanjang tempoh upacara "Momisok", dukun wanita itu berada dalam keadaan menurun dan "tidak sedarkan diri". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
piau Ml | barang kepunyaan si mati atau pemberian orang yang dihantar ke kubur semasa pengkebumian (contohnya pinggan mangkuk kepunyaan si mati). Ia sama ada dikuburkan bersama atau diletakkan di atas kubur. | Meligun, barang tu susah sikit, Lam. Kau pun tahu itu piau yang paling berharga.Dia cuba menerangkan pada Salam. "Ini pun terlanjur saya jumpa semasa saya tolong menggali dua hari lepas." Dia menerangkan keadaan dia terjumpa selepak itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lesi Ib | mati. | Jarup meninggal dunia di situ juga. Kerana itu, dalam pengap, penyair lemambang masih menyebut, "Jarup seorang ketua yang mempelopori kawasan Sekaup, telah mati bebadi lesi laya luput kerana terkatup oleh batu besundang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
laya Ib | mati. | Jarup meninggal dunia di situ juga. Kerana itu, dalam pengap, penyair lemambang masih menyebut, "Jarup seorang ketua yang mempelopori kawasan Sekaup, telah mati bebadi lesi laya luput kerana terkatup oleh batu besundang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kukui Mr Tl | upacara pemujaan terhadap semangat tengkorak musuh yang mati dibunuh. | Upacara Kukui ialah upacara pemujaan terhadap semangat tengkorak orang-orang yang mati dibunuh. Selalunya tengkorak musuh yang telah ditawan ketika berlakunya peperangan di antara suku-suku. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baya pandang Ib | pakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati. | Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maginasi Mr Ps | upacara pemujaan semangat tengkorak manusia yang mati dibunuh. | Upacara maginasi ini diketuai oleh Tok Lair iaitu seorang tua yang disegani dan dihormati di perkampungan itu di mana ia akan menyelenggarakan upacara pemujaan terhadap semangat dan roh si mati itu sesuai dengan kehendak upacara tersebut supaya roh atau semangat tersebut tidak akan mengganggu penduduk-penduduk di situ. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mohontog, *momohontog* Kd | upacara yang diadakan untuk berhubung (kali terakhir) dengan roh si mati. | Di kalangan setengah-setengah suku kaum Kadazan seperti orang-orang Kadazan di Daerah Penampang, upacara "Mohontog" diadakan untuk berhubung kali terakhir dengan roh si mati. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |