Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri.kan] | مناريکن

Definisi : 1. melakukan sesuatu tari, menari dgn sesuatu tari: maka pendekar pun meng-hampiri lalu ~ inai serta memukul rebana lagu ceracap ini; 2. menggerak-gerakkan (jari-jari) dgn pantas dan lancar (spt gerakan menari (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri.kan] | مناريکن

Definisi : melakukan sesuatu sbg tari: Mereka bangun lalu sama-sama ~ Joget Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menarikan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mandapon Irhiasan pakaian mereka yg menarikan tarian Darangan Sumagayan.Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan.Darangan Sumagayan’ tarian lagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
malboro Irsejenis pakaian lelaki atau perempuan yg menarikan tarian Darangan Sumagayan.Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan.Darangan Sumagayan’ tarian lagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumbon Bj, Slbaju yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Tabawan.Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bobotolan Irpakaian yang dipakai oleh penari lelaki/perempuan sewaktu menarikan tarian Darangan Sumagayan.Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan.“Darangan Sumagayan’ Tarian LagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
alal bimbang Slbaju yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Tabawan seperti kebaya pendek.Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya.Tarian Kaum Suluk Diminati RamaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nilimbungan Mrpakaian berwarna hitam yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Mansayau.Pakaian bagi kaum perempuan dinamakan nilimbungan yang rata-ratanya berwarna hitam, berwarna hitam, manakala kain sarongnya disebut sebagai nelangkit. Nilimbungan dan nelangkit tersebut akan dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni seperti benang ros.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keritikon Kdalat muzik daripada gong-gong kecil yang digunakan ketika menarikan Tarian Mogigol.Lagan. Enandakan kembali mendiamkan diri. Kerongkongnya terasa tersumbat. Bunyi sandangau, sorudon, keritikon, dan pompok bergema dibawa desah angin.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
abag Mrcawat berwarna kesumba atau merah yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Mansayau.Bagi penari lelaki pula akan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dipasangkan dengan sepasang abag atau cawat yang berwarna kesumba atau merah. Pada bahagian kepala perempuan akan dihiasi dengan sejenis bulu kapiak (burung merak dan demikian juga bagi penari lelaki).Tarian Kepingan BesiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berbadil Bj, Mr Tdsejenis gong kecil.Alat yang digunakan oleh para penari untuk menarikan tarian ini ialah gong, berbadil, biola dan juga flute.Memuja Tuhan di Gunung KinabaluGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menanranpoh Kd Ltpakaian tradisional suku kaum Lotud.Lebih kurang pada jam dua petang, mereka mula menarikan tarian Sumayau. Penari-penarinya terdiri daripada kaum lelaki dan kaum wanita yang memakai pakaian tradisional yang disebut "Menanrapoh".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas