Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pengerebah Ibsejenis perangkap (pokok) untuk memusnahkan musuh yang sedang melalui sungai.Ketika sampai di Kuala Matok mereka menemui pengerebah iaitu kayu yang ditebang supaya menimpa perahu dan juga menghalang perjalanan perahu musuh.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
racun menaun Tbsejenis racun yang paling bias yang digunakan untuk membunuh musuh. Ia boleh digunakan atau disimpan selama bertahun-tahun.Setahun kemudian Pak Semawit menemui ajalnya. Kata orang dia termakan racun menaun.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
payan Ibsejenis buluh besar; Dendrocalamus asper.Semasa dalam perjalanan Sera Gunting terjumpa sebatang buluh payan. Buluh payan menanyakan tujuan perjalanannya. Dia mengatakan dia hendak pergi menemui datuknya Sengalang Burong di langit.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sumaranun Irsejenis tarian yang ditarikan dalam majlis perkahwinan.Pada umumnya, suku Irranun yang mewarisi Tarian Sumaranun ini menarikan tarian tersebut secara berpasangan dan melalui persembahan inilah suku berkenaan menemui jodoh dan atas sebab itulah ianya juga dinamakan sebagai tarian perpaduan.‘Situbau’ sambut pengantin lelakiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wat Ibpanggilan manja untuk anak atau menantu lelaki, terutama kepada anak lelaki atau menantu lelaki (sama seperti dom, jang, ulup dan unggal).“Naik wat,” kata Manang Jamba. “Ya, pak memanglah hajat kami ini datang hendak menemui bapak.” Setelah mereka duduk Manang Jamba memberi mereka rokok dan pinang. “Awak semua dah makankah tadi?” tanya Manang Jamba.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas