ngabas Ib, MSr | melawati atau menjenguk seseorang atau tempat. | Katakan untuk menghormati orang meninggal dunia. Katanya bukan untuk ngabas, berduka dan menghormati tetapi bersukaria. Inilah tak betulnya adat kita, katanya. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bambaazon Kd | semangat padi. | Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompok Kd | tajau. | Menurut kepercayaan suku ini, seseorang yang mempunyai tajau atau "tompok" mestilah mengadakan upacara "Megahau" bagi menghormati tajau itu yang menjadi tempat asal lahirnya manusia (orang-orang Kadazan). | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kalimaran Mr | pesta kraf tangan kebudayaan suku kaum Murut. | Pesta Kalimaran, acara kebudayaan empat hari di Tenom, yang mana untuk meraikan dan menghormati orang Murut dan tradisis mereka, akan mengetengahkan tarian tradisional Murut, lagu-lagu, makanan, permainan dan kraf tangan. | Buletin Malaysian Borneo Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
megahau, *magahau* Kd Lt | upacara menguatkan semula semangat tajau. | Menurut kepercayaan suku ini, seseorang yang mempunyai tajau atau "tompok" mestilah mengadakan upacara "Megahau" bagi menghormati tajau itu yang menjadi tempat asal lahirnya manusia (orang-orang Kadazan). | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magavau Kd | upacara kemuncak dlm semua upacara penamanan padi dgn mempersilakan semangat padi utk naik ke rumah padi sehingga musim hadapan. | Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngetas ulit Ib | upacara menamatkan perkabungan. | Meludai dengan hulubalangnya pun balik ke tempat asal mereka. Di rumah, mereka mengadakan upacara ngetas ulit, iaitu satu upacara untuk menghormati isteri dan anak-anak Meludai yang sudah mati dan sebagai tanda mereka serumah tidak lagi berkabung. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rabat Ib | suasana kesedihan kerana kematian. | Watt jangan terlalu minum arak dan langkau. Ini rabat hari kematian bukan bergawai. Watt tentu tahu. Kadang-kadang orang yang datang itu bukan untuk menghormati orang mati, tetapi bersukaria. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |