Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya/.si.kan] | مڽقسيکن

Definisi : 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertam-bah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya/.si.kan] | مڽقسيکن

Definisi : 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; mem­benarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saksi (kata nama)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan pemerhati, penonton,

2. Bersinonim dengan bukti: tanda, dalil, keterangan,

Kata Terbitan : bersaksi, menyaksikan, mempersaksikan, kesaksian, penyaksian,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
duang tabak Bj Smsejenis talam berkaki.Matanya bersinar-sinar, menyaksikan penyerahan tanda pertunangan yang mengandungi sepasang persalinan, sebentuk cincin, alat tapak sirih yang dihidangkan di atas duang tabak ataupun talam berkaki.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tunu MSrbakar.Hutan dipugar itu dibiarkan selama dua bulan baharu ditunu. Panas terik bulan Julai menyaksikan reba kering dan ranting dahan rentung dijilat api. Lidah api menjalar macam lidah syaitan lapar.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
samundai, *sumundai* Kdirama tarian mongigol suku kaum Rungus.Magigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Magigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mongigol Kdtarian tradisional suku kaum Rungus dlm pesta keramaian.Mongigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Mongigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
juki Bj Smorang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam.Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih.Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas