mitatabang Kd, Tb | gotong-royong. | “Dengan perpaduan politik yang kuat yang dicapai melalui BN, majlis-majlis kebudayaan seperti Lawatan Tahunan ke Nunuk Ragang harus diberi sokongan penuh, khususnya oleh pemimpin-pemimpin KDM, untuk memperkukuh semangat mitatabang (gotong-royong) dan memperkukuh semangat kekitaan di kalangan masyarakat itu.” | Daily Express (Harian Ekspres) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
huguan siou Kd | gelaran untuk pemimpin agung Kadazandusun yg mempertahankan nilai tradisi masyarakatnya. | Pairin berkata, usaha memperkukuh kerjasama bagi memelihara dan budaya KDM untuk manfaat masyarakat itu sentiasa menjadi objektif setiap yang dilakukannya sebagai ‘Huguan Siou’ (Pemimpin Agung). | Daily Express (Harian Ekspres) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
yoru Mr Tl | pemimpin upacara keagamaan (perempuan). | Dalam upacara ini, spesialis upacara amal (yoru) itu akan menyampaikan mantera dan diikuti dengan memasukkan tumbuh-tumbuhan upacara amal dalam satu baldi berisi air. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tentagas, *tantagas* Kd Lt | pemimpin upacara keagamaan. | Selesai membina sulap, tentagas yang menentukan upacara menawa do rasam itu akan menentukan pula hari upacaranya. Kemudian para tentagas pun memanggil sesiapa yang ada menyimpan butia nadau, untuk kegunaan upacara itu. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
chemaru Ib | badak. | “Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
galang Ib | kiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya. | “Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |