senuan Ib | tanah perkuburan kecil untuk ahli keluarga sahaja, biasanya hanya memuatkan beberapa orang sahaja. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pendam Ib | tanah perkuburan. | Apai Layoh juga sukar melontarkan rasa bimbangnya, mahu sahaja dianyam dalam sisipan rotan-rotan yang membentukkan bakul supaya tidak mengganggunya lagi. Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyengai hantu, *nyenggai antu* Ib | upacara adat bagi menguruskan jenazah seseorang serta bagi membolehkan sanak saudara dan sahabat handai memberikan pengjormatan yang terakhir sebelum jenazah itu diusung ke tanah perkuburan untuk disemadikan. | Malam itu dilangsungkan upacara yang dinamakan nyengai hantu. Upacara ini ialah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. Sebelum dibawa ke pendam (kawasan perkuburan) mayat itu hendaklah diberi makan terlebih dahulu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kapak Ib | penyakit kusta. | Sesiapa yang membakar kawasan perkuburan akan menghidap penyakit jenis kusta yang disebut kapak atau rumbak. Tanda-tanda penyakit ini ialah badan seseorang yang menghidapnya akan mengeluarkan air yang disebut bubuk dan penyakit ini tidak dapat diubati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pulau Ib | kawasan hutan yang tidak boleh dijadikan huma, tempat tinggal atau dibakar kerana pantang larang tertentu. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |