bulan rerak Ib | sehari selepas bulan purnama. | Beberapa orang gadis dan ibu datang juga untuk memerhatikan corak anyaman tikar bemban yang baru saja siap dianyam oleh isteri Senurok. Corak jenis bulan rerak, kata penganyam tikar itu. Pemuda-pemudi di situ duduk senyap, mempelajari bahasa kebangsaan melalui radio. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkeleman Ib | bulan susut. | Selepas bulan purnama engkeleman belala Sana mengetuai pengikutnya memanjat pokok tapang itu untuk memperolehi madu lebah tadi. Mereka tidak memperolehi banyak madu kerana pada malam itu bulan terbit lebih awal. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belala Ib | belum puas. | Selepas bulan purnama engkeleman belala Sana mengetuai pengikutnya memanjat pokok tapang itu untuk memperolehi madu lebah tadi. Mereka tidak memperolehi banyak madu kerana pada malam itu bulan terbit lebih awal. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pasun Ib | sejenis binatang kecil berwarna perang, suaranya seakan-akan suara anak anjing. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya binatang ini melalui atau menaiki rumah akan membawa petanda yang tidak baik. | Eiid pasun! Eiid, eid, eit, eit! kedengaran suara menyelubungi hutan tebal pada malam bulan purnama itu. Tatkala itu juga kedengaran suara seolah-olah orang berbisik dan mengejar mereka di kiri kanan sungai itu. Perasaan takut dan seram mereka tidak dapat dikata lagi. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keromong Ib | sejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan. | Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan ‘keromong’, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |