pelangka Ib | sejenis alat yang diperbuat daripada kayu sebagai tapak untuk mengirik padi. | Apabila mendengar letupan bedil keletung Ketupong dan rakan-rakannya itu, Dara Tinchin Temaga terus menyuruh Menggin dan anaknya balik. Dia menghulur mereka berdua dari langit dengan bekas yang dipanggil pelangka bertali emas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
antap MSr | melampau, berhabis-habisan. | Celaka manuk! Antap sungguh kenenan Kassim. Terhenyak Bidin mendengarnya. Hendak ditolak, walhalnya benar. Hendak tak hendak, terpaksa juga Bidin mengekek mengiringi ketawa rakannya yang memang terkenal penyakat itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sili Kd | lantai rumah. | Pada suatu hari, kononnya sekumpulan orang kampung telah pergi ke hutan untuk membuat sili/sulin atau lantai rumah. Salah seorang daripada mereka sangat suka bergurau dengan rakanĀ-rakannya. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |