tongil Kd | riang-riang. | Semasa dalam hutan sejenis serangga yang disebut tongil atau riang-riang yang akan berbunyi dengan tiba-tiba pada tengah malam ketika pemburu sedang berkhemah di hutan. Kononnya bunyi tersebut merupakan petanda bahawa suatu melapetaka akan menimpa pemburu semasa memburu pada hari berikutnya. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngingit Ib | riang-riang. | Mendengar ngingit berbunyi pada waktu tengah hari di huma amat tidak baik dan pantang besar. Suatu upacara mesti diadakan untuk mengurangkan alamat buruk ini dan orang yang dijemput, mestilah orang yang benar-benar berkebolehan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekalau Ib | sejenis burung enggang; Bucerotidae. | Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sengayan Ib | sejenis ayam liar; Rolluslus rouloul. | Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengilok Bj, Sl | sejenis tarian menggerakkan tangan dan jari-jari yang dianggap sebagai tarian bersuka ria atau untuk maksud menghiburkan tetamu yang datang. | Kalau kita perhatikan cara Tarian Mengilok dipersembahkan, ianya merupakan tarian berentak riang-ria atau gembira dan jelas tarian berkenaan melambangkan kegembiraan atau kedamaian hidup suku kaum berkenaan yang kebanyakannya tinggal di persisiran pantai atau di Sungai Kinabatangan dalam daerah Sandakan. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |