Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Kacang melata di atas kota,
     Mari ditanam di kebun Cina;
Salah satu kuambil juga,
     Kalau tak dapat diri merana.


Lihat selanjutnya...(62)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kandandiu Mr Tdsejenis tarian “hatiku rindu” dan merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong.Kandandiu membawa erti ‘hatiku rindu’ dan ianya merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong.Memuja tuhan di Gunung KinabaluGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monobos Kd Ltsalah satu adat istiadat dalam upacara memuja tajau.Pada hari yang kedua, semua tajau yang mahu dipuja dikeluarkan dari tempat simpanannya. Pada hari itu, upacara memuja tajau dimulakan dengan lima orang "Tantagas" menjalankan adat-istiadat "Monobos" dan lima orang lagi menjalankan adat-istiadat "Mongilau".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mongilau Kd Ltsalah satu adat istiadat dalam upacara memuja tajau.Pada hari yang kedua, semua tajau yang mahu dipuja dikeluarkan dari tempat simpanannya. Pada hari itu, upacara memuja tajau dimulakan dengan lima orang "Tantagas" menjalankan adat-istiadat "Monobos" dan lima orang lagi menjalankan adat-istiadat "Mongilau".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sigar Kd Pntengkolok, destar, dibuat dari kain yang khas ditenun untuk itu. Salah satu pakaian kemuliaan, yang dipakai dalam istiadat orang Dusun, terutama dalam perkawinan dan upacara istiadat dan pemujaan yang besar. Ada kalanya disebut dalam mentera tonigar, minigar, monigar, panigar.Mula-mula pawang-pawang yang terdiri dari kaum wanita duduk berbaris dalam rumah, membelakangi dinding beranda. Pawang-pawang wanita ini memakai tengkolok kepala, yang disebut sigar.DusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sunduk Kdsejenis tudung yang diperbuat daripada kain mogah yang dpakai oleh penari perempuan. Ia merupakan salah satu pakaian tradisi kaum Dusun.Ah, cantik juga gadis-gadis asli, ujar Charlene apabila meneliti pengantin perempuan yang memakai pakaian tradisional dengan tudung sunduk.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linapon Mrkerbau yang disembelih pada hari perkahwinan yang dipercayai boleh menolak bala atau membuang sial. Bagi suku kaum Murut ia adalah salah satu hantaran perkahwinan, manakala bagi suku kaum Dusun pula ia tidak termasuk hantaran perkahwinan tetapi wajib dilaksanakan untuk tujuan di atas.Selain daripada menyembelih kerbau linapon yang disembelih untuk hidangan di majlis keramaian itu. Paha kerbau yang menjadi bintang diuntukkan kepada ayah Paring. Itulah keperluan adat bintas dalam masyarakat mereka.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
songkor MSrsejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang.Binaan yang diperbuat daripada pokok nibong ini digunakan oleh penduduk kampung untuk memasang ‘songkor’, sejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang, bahan utama untuk membuat belacan, salah satu produk yang paling sinonim dengan kampong Boko.Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
sompoton MSbsejenis alat muzik bagi suku kaum Kadazan dan Murut. Ia diperbuat daripada 8 batang pipa bambu dan sebiji labu kecil yang dikeringkan dan dipotong tepinya. Bahagian atas biji labu dikorek untuk meletakkan lapan batang bambu secara menegak yang seterusnya dilekatkan (bambu) dengan gam lebah. Manakala bahagian hujung lengkongan bambu itu ditebuk sebagai tempat meniup. Ia dimainkan dengan cara menutup hujung tiga pipa menggunakan tiga jari kanan dan tiga jari kiri. Seterusnya ia ditiup oleh seseorang untuk menghasilkan irama.Sompoton merupakan salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun pada masa kini, pembuat-pembuat sompoton semakin hari semakin berkurangan.Alat-alat Muzik Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beru Ibperangai atau tingkah laku yang sangat tidak senonoh; buruk perangai.Dalam hal itu memang bini Seman satu sen pun tidak guna, tetapi Pak Dollah tidak dapat mengatakan apa-apa. Bini Seman orang kesayangan Peot sendiri. Peot adalah bininya. Dalam banyak keadaan salah atau macam beru pun bini Seman, baik juga kata Peot.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas