gempanang Ib | ketul-ketul emas atau intan. | Dilipatnya sekali sanggul gantung, sanggul condong silai, sanggul simpan yang cantik, berburai akan jadam emas gempanang. Lepas itu baru dia mengatur pula sanggul sadak untuk dipasang sisir perak. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
simbong langkan Bj, Sl | sanggul siput yg terletak benar-benar di bahagian atas kepala. | Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu. Simbong langkan menayangkan leher jinjangnya yang putih kuning. | Sejambak bunga emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utak-utak Bj, Sl | sejenis sanggul. | Mata kayu Dayang Bandang yang bening, terus menembusi ke ruang hadapan yang mula kelam. Rambutnya yang bersanggul fesyen utak-utak dihiasi mahkota, teguh mengapuh belakang kepalanya biarpun dipuput bayu senja. Serta-merta dadanya sebak, direnggut pilu yang perit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
simbohong libian Bj Sm | bentuk sanggul rambut. | Rohayu mengerutkan kening, terasa ada angin menghembus dan membelai anak rambutnya yang terungkai daripada simpulan simbohong libian. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lampit Ib | sejenis tali pinggang perempuan yang diperbuat daripada perak. | Sanggul renda terselit bunga-bunga sedang mengembang. Rawai sungguh sesuai menyarung riba mengelilingi pinggang. Kain berukiran amat menawan beraneka bentuk tiada lapang. Gelang tumpa amat bergaya pemasangannya tiada pincang. Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kingkilat Mr | hadiah yang digantung di sisitan. | Kingkilat berayun. Berkemalai bagai hiasan sanggul penari istana pada zaman lampau. Mereka melompat dengan penuh azam dan tekad, untuk mengambil kingkilat yang tergantung di atas. Kingkilat bergerak utuh. Beralun ke kiri dan ke kanan. Suara bergerantangan. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpa Ib | gelang yang diperbuat daripada perak biasanya dipakai oleh gadis Iban. | Pada sanggul lintang mereka tersemat sebuah sikat. Lengan mereka dihiasi dengan gelang tumpa dan betis dipasukkan gelang keruncung sementara pinggang dililiti lampit. Di leher mereka terdapat dua kalung manik dua belitan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |