popolintuhun Kd | upacara memijak tanah untuk bayi yang baru lahir (berumur seminggu). | Seminggu selepas anak itu dilahirkan, dukun wanita itu sekali lagi dipanggil untuk menjalankan upacara memijak tanah atau "Popolintuhun". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monogit Kd | upacara makan minum bersama keluarga dan jiran yg berlangsung selama seminggu untuk meraikan hasil tuaian yang banyak. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabot dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bilituong, *birituong* Bd | perbicaraan untuk menyelesaikan perbalahan, persengketaan, pergaduhan di peringkat kampung. | Majlis bilituong diadakan seminggu kemudian di tapak tanah yang dipertikaikan. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mogsorakan Tb | adat pinangan suku kaum Sungai yang tidak boleh ditolak oleh kaum perempuan kecuali hantaran dikembalikan dengan satu kali ganda. | Seminggu kemudian, Toksin datang dan mogsorakan kepada Mondoi, anak gadis Ambuyat. Perkahwinan sudah pun ditetapkan harinya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lunda, *minyak lunda* Ib, Ml, MSr | sejenis minyak wangi. | Di situ dia menanggalkan pakaian samarannya, iaitu baju bulu burung garuda dan menghiaskan dirinya. Disapukannya minyak wangi lunda yang berbau seminggu tahan sebulan, kemudian dipasang cawat yang lengkap segala perhiasan. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |