Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.sang] | سڤاسڠ

Definisi : 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perem­puan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupa­kan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasang1 (kata nama)
Bersinonim dengan jodoh, kelamin;,
Kata Terbitan : sepasang, berpasangan, memasangkan, pasangan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
duang tabak Bj Smsejenis talam berkaki.Matanya bersinar-sinar, menyaksikan penyerahan tanda pertunangan yang mengandungi sepasang persalinan, sebentuk cincin, alat tapak sirih yang dihidangkan di atas duang tabak ataupun talam berkaki.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magunatip Kdsejenis tarian yang popular di kalangan suku kaum Dusun Gana. Ia ditarikan dengan iringan pukulan gong oleh sepasang penari (lelaki & perempuan) yang memakai pakaian tradisi. Tarian ini adalah suatu upacara rasmi semasa majlis makan malam orang kenamaan bagi suku kaum tersebut.Bingung pada irama muzik yang kurang mantap yang sedang dimainkan. Bingung pada pemain alat-alat muzik `magunatip' yang tidak bersefahaman.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kapiak, *pakiak* Mrburung kuang.Bagi penari lelaki pula akan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dipasangkan dengan sepasang abag atau cawat yang berwarna kesumba atau merah. Pada bahagian kepala perempuan akan dihiasi dengan sejenis bulu kapiak (burung merak dan demikian juga bagi penari lelaki).Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pisang bangkit Ibsejenis pisang.Pada suatu hari setelah berfikir, Raja Entala lalu menebang sepohon pisang bangkit. Pangkai pisang itu diambil dan dibuat sepasang patung yang hampir serupa dengan mereka suami isteri. Raja Entala mengambil getah kayu kumpang untuk dijadikan darah patung itu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kumpang Ibsejenis pokok yang buahnya seperti buah keranji dan rasanya masam.Pada suatu hari setelah berfikir, Raja Entala lalu menebang sepohon pisang bangkit. Pangkai pisang itu diambil dan dibuat sepasang patung yang hampir serupa dengan mereka suami isteri. Raja Entala mengambil getah kayu kumpang untuk dijadikan darah patung itu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
abag Mrcawat berwarna kesumba atau merah yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Mansayau.Bagi penari lelaki pula akan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dipasangkan dengan sepasang abag atau cawat yang berwarna kesumba atau merah. Pada bahagian kepala perempuan akan dihiasi dengan sejenis bulu kapiak (burung merak dan demikian juga bagi penari lelaki).Tarian Kepingan BesiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkapan Bj, Irsejenis usungan yang digunakan untuk mengangkat jenazah beserta keranda serta pengiringnya dari rumah hingga ke kubur. Biasanya digunakan oleh golongan bangsawan.Dia yakin, ada juga mereka yang datang itu bersimpati kepadanya dan membuat persediaan pengebumian jenazah. Kaum lelaki sudah pun menyiapkan sangkapan dan payung ubur-ubur empat pasang. Sepasang kayu belian telah pun diukur untuk dijadikan nisan.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas