kelimut MSb | umpat. | Perbuatan begitu tidak menjadi kebiasaan di sini, Yanti. Perbuatan engkau menyertai sepak manggis itu pun sudah amat luar biasa di sini. Mungkin namamu akan dikelimuti oleh orangorang di sini. Engkau tahulah masyarakat kampung. Pak Hilun menyatakan rasa bimbangnya. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rampang Ib | hampas. | Awak bukan berhajat hendak melawat saya tetapi, berhentilah di sini dulu. Sudah lama ramuan rampang bunga gadis Satik melimpasi kami di sini, sahut adik Jambi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melimpasi, *melimpas* MSr | melalui, melewati. | Awak bukan berhajat hendak melawat saya tetapi, berhentilah di sini dulu. Sudah lama ramuan rampang bunga gadis Satik melimpasi kami di sini, sahut adik Jambi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bertitik, *betitik* Bj | memukul kulintangan | Ada orang bertitik di sini, apa mereka buat? tanya Pak Hilun kepada salah seorang penduduk yang ada di tepi pangkalan di situ. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bergempuruk MSr | berkumpul. | Rumah panjang ini masih boleh terus tegak di sini. Pada musim gawai kita bolehlah bergempuruk lagi. Sekurang-kurangnya kita dapat menjaga tanaman kita dengan baik. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
entuyut Ib | sejenis periuk kera. | Akar entuyut, basung dan tenggang berceranggah di sana sini, membelit perdu pokok yang berhampiran. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taba Ib | tapak untuk mendirikan rumah panjang yang baru. | Tak tahulah, saya membawa awak semua memeriksanya ke sini sebab mahu tahu taba tempat awak hendak mendirikan rumah, kata hantu itu. "Kalau macam ini pindahlah, rumah ini sudah siap dibina," kata hantu itu lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duanda motua-tua Mr | bidan yang berpengalaman. | “Hei! Baru aku ingat ibumu tinggal di kampung seberang. Jauh dari sini. Biarlah saya dapatkan duanda motua-tua dulu.” Paring menuruni tangga. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengalai Tb | upacara perubatan yang dilakukan oleh bomoh yang berlangsung selama 7 malam dengan diiringi oleh alat muzik kulintangan. | Pak Ungkal terus mengalai. Dia sini menglilingi Ansuri sebanyak tujuh kali. Di samping mengalai Pak Ungkal mengipas-ngipas tubuh Ansuri. Dia menghalau penyakit daripada tubuh wanita itu. | Hijrah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai kenyalang Ib | sejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati. | Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |