Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.di] | تادي

Definisi : 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang ber­jum­pa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebut­kan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.di] | تادي

Definisi : 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam tadi mimpikan bulan,
     Bulan kumimpi si bujur telur;
Malam tadi mimpikan tuan,
     Tuan kumimpi dikandung tidur.


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rorou TbIkan kap rumput; Ctenopharyngodon idellus.Malam itu mereka sekeluarga hanya berlaukkan ikan rorou yang dibeli oleh Mak Ining di tamu Kebatasan pagi tadi. Kebetulan pada pagi tadi ada tamu di Kabatasan. Senanglah mendapat ikan.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lalasu Mrnama sejenis manik yang berbentuk bulat.Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa!Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
laut Iborang Melayu.Orang yang bersuka ria dan ketawa tadi kini menjadi takut. Mereka mulai lari ke sana ke mari dan yang ada perahu lari ke perahu. Laut-laut yang ada perahu semuanya lari ke perahu. Rumah panjang yang ditinggalkan tadi terus menjadi batu.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gambang II Kd KBsejenis kain sarung.Seorang bujang yang berkahwin dengan sepupunya (sudah jauh) maka gadis-gadis yang sepupu dengan sigadis tadi akan menerima adat selimut daripada sibujang tadi seperti berikut:- satu helai kain sarung (gambang).Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bungkas I Mrsejenis hiasan pada pakaian tradisional suku kaum Murut yang diletakkan pada bahagian pinggang.Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa!Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
manok Ibayam.Lelaki tua tadi menjauhkan lagi kedua-dua manok sabung ke ruai kelapan.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
amma Kd, Ir, Mrayah.Tadi edi mendengar perbualanmu dengan Lagan. Lagan juga telah beberapa kali merisik kepada amma. Bagaimana pendapatmu."Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kungkuvak Kdwisel daripada batang padi.Pada hari ketiganya, babalizan-babalizan tadi lalu mengarahkan kepada orang-orang yang hadir di upacara itu untuk meniup kungkuvak - seruling batang padi, tidak pilih sama ada ia seorang kanak-kanak, orang dewasa ataupun yang telah tua, termasuk yang wanitanya sekali.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tinarung Mr Tlbekas padi berbentuk bulat.Air ini kemudian direnjis ke petak padi. Tumbuhan tadi seterusnya diletakkan di bekas padi (lalangkiyang) atau tinarung.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lalangkiyang, *lalakiyang* Mr Tlbekas padi berbentuk bulat.Air ini kemudian direnjis ke petak padi. Tumbuhan tadi seterusnya diletakkan di bekas padi (lalangkiyang) atau tinarung.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas