Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pias] | تمڤياس

Definisi : 1. percikan air (dr air hujan, ombak yg memukul perahu, dll) yg berterbangan: tingkap itu berdentum dipukul angin dan ~ hujan masuk ke dalam; 2. ark pasir dll yg bertaburan (berhamburan); bertempias berpercikan masuk (titik-titik air hujan dll); bertempiasan berpercikan masuk: hujan mulai turun dgn titik-titik air ~ ke dlm bilik itu; menempiasi terkena pd: hujan lebat tidak ~ mereka; menempiaskan memercikkan: angin kuat ~ hujan ke koridor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pias] | تمڤياس

Definisi : titik-titik air hujan (ombak yg memukul perahu dsb) yg memercik. bertempias berpercikan masuk (ttg titik-titik air hujan dll). menempiasi membuat atau menyebabkan kena tempias: Anak-anak lembu mestilah dijaga supaya tidak ditempiasi hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempias


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pagung Bjsejenis tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok); Nipa fruticans.Buat apa dengan pagung tu? Tanya Nanak. "Buat atap. Semalam hujan turun. Tempias hujan masuk ke dalam rumah. Bapa tak dapat tidur," jawab gadis itu.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas