Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tepung yg dibuat drpd beras (utk memĀ­buat kuih); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung beras


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
penjaram MSbsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras.ODU Launai sibuk. Seekor ayam, pasti jadi habuan. Begitu juga dengan kain putih, hitam, hijau dan merah. Tidak ketinggalan air tapai dan kuih penjaram.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
edram MSrsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atauĀ  bulat leper yang berlubang di tengah.Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penganan iri Ibsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras/ubi dan gula merah atau gula nipah, penyaram.Ini Chakoi menjual kuih penganan iri dan nasi pulut yang dimasak dalam ruas buluh. Jualan mereka laris, dibeli oleh buruh-buruh jalan raya dan orang yang lalu?lalang.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jalak, *jala* MSbsejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, kuih karas.Sebelum naik ke perahu Kabau membeli beberapa biji kuih sebagai bekal. Kuih jalak, pais, penganan dan apam. Kuih-kuih itu bukan saja untuknya tetapi juga untuk Yanti, Minarni dan Pak Hilun.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penyaram Ib, LB, MSrsejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah yang telah diadun dan seterusnya digoreng.Tiga empat begitulah. Dia mengambil sendiri kuih rangin itu dan memasukkannya ke dalam karung plastik kecil yang dikhaskan oleh Khatijah untuk memuatkan kuih yang dibeli orang. Kemudian dia mengambil sebuah karung lain dan mengisinya dengan empat biji kuih penyaram.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sumping malul Bj Smbunga melur.Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
biabas MSbjambu batu; Psidium guajava.Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
puhung Bj Smsejenis tumbuhan herba yang boleh dibuat bedak sejuk.Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baujan Bj Smsejenis tumbuhan herba. Kulit pada batangnya boleh dibuat bedak sejuk.Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk.Dari Dalam Cermin (Azmah Nordin). 1992. DBP.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas