tabu dita Mr | sejenis tempayan besar yg berwarna biru putih. | Menempatkan Galeri Pameran kekal, termasuklah Galeri Etnografi yang mempunyai koleksi busana etnik, peralatan muzik dan pelbagai artifak milik pelbagai etnik masyarakat di Sabah. Koleksi Tembaganya diperoleh daripada warisan tinggalan nenek-moyang dahulu kala seperti tempayan dan tembikar termasuklah tajau tabu dita yang jarang ditemui, tempayan tembikar biru putih yang amat besar tinggalan Dinasti Qing pada abad ke-18. | Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sawa Ir | sejenis irama yang dimainkan menggunakan alat muzik Kulintangan Tring. | Antara lagu yang dimainkan termasuklah bia-bia, tigad-tigad, debak, sawa dan sebagainya dan kadang-kadang diiringi muzik gendang dan gong. | Bakokong dimain untuk hilang penat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
debak I Ir | 2. sejenis irama yang dimainkan menggunakan alat muzik Kulintangan Tring. | Antara lagu yang dimainkan termasuklah bia-bia, tigad-tigad, debak, sawa dan sebagainya dan kadang-kadang diiringi muzik gendang dan gong. | Bakokong Dimain untuk Hilang Penat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bia-bia Ir | sejenis irama yang dimainkan menggunakan alat muzik Kulintangan Tring (buluh) spt xilofon. | Antara lagu yang dimainkan termasuklah bia-bia, tigad-tigad, debak, sawa dan sebagainya dan kadang-kadang diiringi muzik gendang dan gong. | Bakokong Dimain untuk Hilang Penat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |