kiong, *kiung* Ib | ikan haruan; Channa striatus. | Keling pun bangun semula. Dia termenung seperti ikan kiong yang termabuk selut, terhenti seperti ikan betutu dalam air keruh. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngetu Ib | berhenti sebentar. | Tidak seorang pun di dalam rumah panjang itu yang mengenali siapa tetamu itu. Mereka termenung seperti ikan empelekong yang mabuk tuba lalu berhenti ngetu seribu orang di situ seperti jelu yang membuka pintu puntang reraga. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jelu Ib | binatang seperti anjing dan kucing. | Tidak seorang pun di dalam rumah panjang itu yang mengenali siapa tetamu itu. Mereka termenung seperti ikan empelekong yang mabuk tuba lalu berhenti ngetu seribu orang di situ seperti jelu yang membuka pintu puntang reraga. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empelekong, *empelekung* Ib | sejenis ikan air tawar yang kecil dan bersisik. | Tidak seorang pun di dalam rumah panjang itu yang mengenali siapa tetamu itu. Mereka termenung seperti ikan empelekong yang mabuk tuba lalu berhenti ngetu seribu orang di situ seperti jelu yang membuka pintu puntang reraga. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
resu Ib | buih yang keluar pada hujung kayu yang tidak terbakar (semasa dibakar). | “Berbau bunga pundaklah ini, yang ditanak oleh gadis dagang. Ada juga terhidu wangi resu garu tulang. Tidak pernah saya tercium wangi seperti ini, wangi minyak nyaman yang tahan sebulan, wangi minyak embun yang tahan setahun,” kata Raja Sawa sambil termenung sendiri. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |