Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keseluruhan jasad; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seluruh jasad manusia atau binatang (terdiri drpd kepala, badan dan anggota-anggota lain): ~nya besar dan tegap. 2 badan saja (tidak termasuk kepala dan anggota lain). 3 bahagian drpd sesuatu yg terpenting: ~ kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,

Puisi
 

Bukit Tetagun Pulau Jerjak,
     Singgah semalam Padang Mat Sirat;
Tubuh tembun badan pun segak,
     Mahu orang tak terpikat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dua badan senyawa.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
juruk MSrdi bahagian bawah rumah (bahagian dapur).Kalaulah Pak Karim bangun dengan cepat, secepat dengan tindakannya menggoncang tubuh badan lakinyaitu, tentulah pencuri itu tertangkap atau paling tidak pun dia akan terjatuh lalu patah kaki atau patah tangan atau mungkin juga mukanya terjunam ke parit juruk di belakang rumah mereka.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
peridi Ibbanyak anak, rapat beranak (berkenaan ayam dan manusia).Aya Munggu Embawang pun turut mengambil bahagian. “Sama ada seseorang itu peridi atau tidak terserah pada kemampuan tubuh badannya. Kalau badan tidak begitu subur, orang itu akan mandul. Tiada cara untuk memberhentikan wanita melahirkan anak kecuali mereka berhenti tidur dengan lelaki. Satu lagi cara ialah mencari ubat supaya membolehkan perempuan itu tidak beranak.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas