melasik MSr | membersihkan rumput-rumput/semak, babat. | Selalunya waktu matahari sudah hampir-hampir tegak di atas kepala begini, Bidin dengan senang sudah dapat melasik tujuh atau lapan pokok kelapanya. Tetapi hari ini, jangankan tujuh batang, empat batang pun dia belum terlasik lagi. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
turun tangga MSr | istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan). | Selawat dan doa selamat dibacakan oleh imam untuk kedua-dua mempelai. Dengan iringan pukulan hadrah, tepung tawar dilakukan. Kemudian diikuti pula dengan upacara turun tangga sebanyak tujuh kali. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
poposisip Kd | upacara menyisip tujuh tangkai padi yg dituai semasa upacara kumotob pada bilah buluh yg dibelah dan diletakkan pada dinding jelapang. | Bobohizan akan menuju ke rumah padi untuk menjalankan upacara Poposisip. Di dalam rumah padi sambil membaca mantera, Bobohizan mengeluarkan ikatan padi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang buluh yang terdapat di Tangkob. Mantera dibaca untuk memohon agar Bambaazon tinggal di rumah padi hingga musim menanam yang seterusnya tiba dan bambaazon tersebut dipohon turun semula ke sawah. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
modtudau Kd | adat berjaga malam, selama tujuh mlm, apabila seseorang meninggal (dalam masyarakat Kadazandusun). | Mata Umbit yang cengkung itu menyapu merah tanah yang ada di hujung kakinya. Dan, hari ini adalah hari ketujuh dari hari kematian Oyong itu. Ini bererti, malam ini juga merupakan malam terakhir bagi medtudau di rumah. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gendang pampat Ib | sejenis irama yang dihasilkan oleh paluan tujuh biji ketebung iaitu sejenis gendang. | Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lihing Kd | wain drpd nasi dan ragi yg diperam sekurang-kurangnya tujuh hari. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabat dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumindok Kd Lt | permulaan menanam padi. | Selepas proses menggaruk, petani akan mengambil tujuh batang anak padi yang pertama gumontor dari tapak semaian untuk dibawa ke satu sudut kecil di sawah padi. Proses ini dikenali sebagai tumindok yang bermaksud "permulaan". | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keromong Ib | sejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan. | Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan ‘keromong’, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
turun tanah Bd | memulakan semula kerja selepas berselang beberapa hari atau minggu. | Kalau dapat, sampai tujuh hari baharulah turun tanah, sambung Nek Siku lagi walaupun dia mengesani juga bahawa Josika tidak berminat bercakap dengan orang. Dia berharap Josika faham akan maksudnya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nunuk ragang Kd | sejenis pokok kayu ara merah. | Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang-orang Dusun yang membina tujuh buah pondok yang berukuran dua puluh empat kaki persegi setiap satu di bawah pohon ara atau nunuk ragang itu, bagaikan wujud dalam impiannya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |