ilang I | sejenis pedang. | Ilang - iaitu sejenis keris panjang yang diperbuat daripada besi pilihan, matanya tajam berkilat. Ulu keris ini diperbuat daripada gading gajah yang dibentuk dengan ukiran-ukiran yang cantik. Di bahagian belakang mata keris ini dihiasi dengan bulu atau rambut manusia yang berumbai-rumbai. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lepa Bj Sp | perahu. | PERAHU yang mempunyai ukiran bunga. Lebih unik, ukiran itu diadaptasi daripada ayat al-Quran. Masyarakat Bajau memanggilnya lepa mengikut bahasa Bajau Semporna yang bermaksud perahu. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menaga Ib | sejenis tajau yang dihiasi dengan ukiran timbul dan dianggap sebagai salah sebuah barang berharga. | Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantak Ib, MSr | tatu. | Tuai Rumah Dunggau mencapai ilang tersebut. Ditelitinya begitu lama bagaikan itulah pertama kalinya dia melihat ilang. Sarung ilang itu penuh ukiran, melengkang-lengkung hampir-hampir menyerupai pantak (cacah atau tatu) yang penuh di belakangnya. Ilang itu ditariknya perlahan- lahan. | Mengepung Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sulap samang Mr | pondok tempat menyimpan tajau yg berisi mayat bagi kaum Murut. | Petang itu, hujan renyai-renyai mengiringi keberangkatan jasad seorang pejuang untuk disemadikan dalam sulap samang, makam keluarga yang dihias dengan ukiran kayu yang utuh dan dicat dengan warna-warni yang cantik. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |