mimoh, *mimuh* Bd | mendirikan bangunan. | Kembang rasa hatinya apabila ada jiran yang bertandang atau melintas halaman rumahnya dan bercakap atau bertanya fasal kayu itu. "Siapa buat" "Siapa lagi. Akulah." "Wah, wah! Tak lama lagi, mimohlah kita dua beranak ni…" "Mudah-mudahan." | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menaul Ib | helang. | Burung menaul berkata, "Wah, sangat beruntung aku. Sekarang aku mempunyai terompet. Eloklah aku terbang sambil menyanyi dengan seruling ini." Menaul pun menyanyikan lagu, "Kuit, kuit." Semakin tinggi ia terbang semakin kuat pula ia menyanyikan lagu, "kuit. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambawai, *tembawai* Ib | kawasan bekas tapak rumah. | “Wah, lebat sungguh rambutan ini berbuah, kalau tak salah ingat saya, rambutan ini kami yang punya,” kata Meluda. “Tambawai ini kepunyaan ayah, dan ini pinangnya yang tiga pokok itu. Benarlah ini.” | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temasu MSb | tembusu; Fagraea fragrans. | “Tidak jauh lagi, saudari. Selepas pokok temasu yang tinggi di depan tu, kita akan sampai di rumahnya. Rumahnya di tepi jalan, tak susah dicari,” kataku sambil memindahkan beg pakaiannya ke bahuku sebelah kiri. Wah, beratnya sudah hampir-hampir sepikul kurasa. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |