wong, *wunf* Ib | jeram. | Malam itu mereka mendengar orang riuh seakan-akan bunyi orang yang menghadiri gawai, lengkap memakai pakaian tradisional orang-orang Iban. Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
siang Bd | nama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu). | Walaupun dia mempunyai suku darah Cina, dia tidak mahu mengaku berketurunan Cina. Namanya di dalam kad pengenalan pun Ahtieng anak Ah Lasak. Keluarganya pun tidak mempunyak siang Cina lagi lantaran nenek sebelah bapanya sahaja yang berketurunan Cina sedangkan datuknya sendiri memang Dayak jati. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
si'eng Bd | nama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu). | Budak itu darah dagingnya. Malah itulah cucu lelakinya yang pertama biarpun sudah lain si'eng. Ah Keong bergegas ke dapur. Dicabutnya badik tajam yang biasa digunakan semasa membakar daging. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melelat-lelat MSr | menjalar. | Masuklah. Ana terkejut daripada lamunannya yang melelat-lelat macam kangkung itu. Dilihatnya Mama Wong ada berhampiran dengannya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gerunong, *gerunung* Ib | genta. | Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sanggang Ib | sejenis genta kecil. | Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |