Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.nah] | امانه

Definisi : 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: baha­gia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan ama­nah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mah­kamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg menen­tu­kan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat; beramanah ark beramanat; mengamanahkan 1. mempercayakan (me­nye­rah­kan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakho­da Jaya; 2. ark mengamanatkan; pengamanahan perihal (perbuatan, tinda­kan dsb) mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat; pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.nah] | امانه

Definisi : 1 dpt dipercayai; jujur: Jangan bimbang, sahabatku itu ~ orangnya. 2 sesuatu yg dipercayakan kpd orang lain: Bahagian timur Pulau Papua telah diurus oleh Australia sbg ~ drpd Bangsa-Bangsa Bersatu; 3 nasihat, perintah dll yg diterima utk dilaksanakan atau utk disampaikan kpd orang lain; wasiat; pesan: Arwah ayahmu ada meninggalkan ~ supaya engkau terus belajar hingga ke universiti. beramanah menyampaikan amanah; berpesan. mengamanahkan 1 memberi amanah atau pesan kpd. 2 mempercayakan sesuatu kpd: Allahyarham telah ~ segala bukunya kpd Universiti Malaya. pengamanahan perihal atau perbuatan mengamanahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amanah


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
trustamanahAKAUN, EKO, NIAGA
voting trustamanah mengundiAKAUN
unit trustamanah sahamAEKO, AKAUN, EKO, PLBR
trusteepemegang amanahAKAUN, NIAGA, PERD, PLBR
revocable trustamanah boleh mansuhAKAUN, NIAGA
reciprocal trustamanah timbal balikNIAGA
property trustamanah hartaBANK, CUKAI
offshore trustamanah luar pesisirCUKAI
irrevocable trustamanah tak boleh mansuhAKAUN, NIAGA
implied trustamanah tersiratAKAUN, NIAGA
123456

Kembali ke atas