Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fa.é.dah] | برفاءيده

Definisi : berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fa.é.dah] | برفاءيده

Definisi : mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfaedah

Peribahasa

Meragakan suara kepada si pekak.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
interest policypolisi berfaedahPERD
tax advantage investmentpelaburan berfaedah cukaiPLBR
interest-bearing debthutang berfaedahEKO
interest bearing loanpinjaman berfaedahPERD
interest bearing instrumentinstrumen berfaedahBANK
interest bearing accountakaun berfaedahAEKO, EKO, BANK,PERD
more-favourable terms clausefasal syarat lebih berfaedahNIAGA

Kembali ke atas