Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bon] | بون

Definisi : 1. sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah; 2. Id surat kecil (pengakuan mengambil barang yg akan dibayar kemudian): ~ jati; ~ jati bon yg paling terjamin; ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko; ~ pelaksanaan (Eko) dokumen yg merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yg dikeluarkan bagi pihak kontraktor kpd pemberi kontrak utk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak; ~ perbendaharaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan dgn tempoh matangnya yg lama, biasanya antara 10 tahun hingga 30 tahun; ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bon] | بون

Definisi : sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah. ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak mempunyai risiko, kpd pemiliknya. ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko, kpd pemiliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bon


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
completion bonbon penyempurnaanINS
Yankee-bon marketpasaran bon YankeePLBR
indemnity bondbon tanggung rugi/bon indemnitiEKO, INS, PERD
municipal revenue bondbon hasil perbandaran/ bon hasil munisipalPLBR
Eurobondbon EropahPLBR
bondbonAEKO,AKAUN, CUKAI,EKO, NIAGA,PLBR, PERD
yen bondbon yenPLBR
voting bondbon berundiPLBR
underlying bondbon keutamaanPERD
treasury bondbon perbendaharaanNIAGA, PERD, PLBR
12345678910...

Kembali ke atas