Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.si] | کوڠسي

Definisi : 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.si] | کوڠسي

Definisi : kumpulan yg terdiri drpd beberapa orang utk sesuatu tujuan: ~ gelap kumpulan sulit yg menjalankan atau yg melakukan sesuatu kejahatan (spt merompak dll). berkongsi bersekutu utk sesuatu kegiatan; berpakat: Tiga orang pemuda telah ~ membuka sebuah kedai runcit. perkongsian hal berkongsi; persekutuan atau persatuan dlm sesuatu kegiatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(2)

Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
amounts owing to partnersamaun terhutang kepada kongsi/jumlah terhutang kepada kongsiAKAUN
surplus sharekongsi lebihanINS
burden sharingkongsi bebanEKO
sleeping partnerrakan kongsi pasifEKO, PERD
reporting partnerrakan kongsi pelaporAKAUN
precedent partnerrakan kongsi utamaCUKAI
limited partnerrakan kongsi terhadAKAUN, NIAGA, PERD
general partnerrakan kongsi amAKAUN
profit sharing planrancangan kongsi untungEKO, NIAGA
profit sharing bondbon kongsi untungEKO
12

Kembali ke atas