Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.sis] | کريسيسبر

Definisi : keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yg boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dll), keadaan yg lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yg genting, kegentingan, kete­gangan, keributan: pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yg timbul dlm parti itu; ~ akhlak (moral) kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; ~ ekonomi keadaan eko­nomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; ~ kelaparan keadaan buruk yg menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan); ~ kewangan keadaan yg sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (spt kekurangan wang dll); ~ politik ketegangan politik; berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.sis] | کريسيسبر

Definisi : keadaan yg tegang dlm politik dll disebabkan sesuatu masalah yg serius; kekacauan atau keributan (dlm persatuan dll). ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
krisis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ketegangan, kegentingan, keributan, perbalahan, pertikaian, persengketaan, pertengkaran, kemelut, konflik, konfrontasi;,
Kata Terbitan : berkrisis,


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
crisiskrisisEKO, NIAGA
production crisiskrisis pengeluaranNIAGA
leadership crisiskrisis kepimpinanNIAGA
fuel crisiskrisis bahan bakarEKO
financial crisiskrisis kewanganNIAGA
energy crisiskrisis tenagaEKO, NIAGA
credit crisiskrisis kreditNIAGA
control crisiskrisis kawalanNIAGA
autonomy crisiskrisis autonomiNIAGA
red tape crisiskrisis pita merahNIAGA
12

Kembali ke atas