Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai; berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai bertemu dgn sungai lain atau dgn laut; muara. berkuala ada kualanya; bermuara: Sungai Perak ~ di Selat Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuala (kata nama)
Bersinonim dengan muara, mulut sungai, hilir, bambangan, pintu masuk;,
Kata Terbitan : berkuala, ke kuala,

Puisi
 

Kuala Johor jangan diduga,
     Kuala Pekan orang berjudi;
Antara tidur dengan jaga,
     Terasa tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(95)

Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE)Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)NIAGA,PLBR
Kuala Lumpur Commodity Exchange (KLCE)Bursa Komoditi Kuala Lumpur (BKKL)NIAGA,PLBR
Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) EmasIndeks Emas Bursa Saham Kuala LumpurPLBR
Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) Industrial IndexIndeks Perusahaan Bursa Saham Kuala LumpurPLBR
Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) Composite IndexIndeks Komposit Bursa Saham Kuala LumpurPLBR
Kuala Lumpur Inter-Bank Offered Rate (KLIBOR)Kadar Tawaran antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR)BANK

Kembali ke atas