Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pemandangan dll yg men­jadi hiasan bagi sesuatu yg utama (dlm gambar dsb); 2. dasar atau asas kpd sesuatu perkara (hal, kejadian, peristiwa, dsb); 3. pengalaman (pendidikan, alam sekitar, dll) seseorang, biasanya yg ada hubungannya atau pengaruh­nya ke atas keadaan dirinya pd sesuatu masa; berlatarbelakangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya. b. dasar sesuatu hal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latar belakang


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
physical backgroundlatar belakang fizikalEKO
background radiationsinaran latar belakangEKO
background investigationpenyiasatan latar belakangNIAGA

Kembali ke atas