Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.si.ko] | ريسيکو

Definisi : 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau ke­rugi­an: seorang sahaja yg menanggung ~ per­niagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-ke­mung­kinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar; berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.si.ko] | ريسيکو

Definisi : kemungkinan mengalami kerugian, bahaya dll: Dlm kehidupan sehari-hari, kita sering terdedah kpd berbagai-bagai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risiko (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bahaya, ancaman, padah, akibat.,

Peribahasa

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(21)

Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
risk takingambil risiko/tanggung risikoAEKO, EKO, EKOI
residual risk policypolisi risiko baki/polisi risiko residualINS
riskrisikoAEKO, EKO, EKOI, INS, PERD, PLBR, NIAGA
protection and indemnity riskrisiko tanggung rugi dan perlindungan/risiko indemniti dan perlindunganINS
wet riskrisiko basahINS
unsystematic riskrisiko tak bersistemNIAGA
unique riskrisiko unikPLBR
undiversifiable riskrisiko tak boleh pelbagaiNIAGA, PLBR
unavoidable riskrisiko tak boleh elakNIAGA
trade riskrisiko perdaganganNIAGA
12345678910...

Kembali ke atas