Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ni.la.te.ral] | اونيلاترل

Definisi : 1. melibatkan sebelah pihak (satu kumpulan, negara dsb) sahaja dan tidak yg lain (bkn tindakan, keputusan, pernyataan dsb): Dewan Rakyat menyatakan kekesalan terhadap tindakan ~ negara tersebut; negara itu tidak patut mengambil keputusan ~ tanpa melihat konteks hubungan dua hala dgn negara jiran; 2. berdasarkan satu garis keturunan sahaja, iaitu sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu): ciri terpenting dlm sistem adat perpatih ialah susunan masyarakat yg bersendikan tradisi ~; adat temenggung menarik garis keturunan secara ~ patrilineal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ni.la.te.ral] | اونيلاترل

Definisi : 1 (dilakukan, dibuat atau dipengaruhi) oleh satu pihak sahaja: Ramai yg membantah terhadap keputusan ~ itu. 2 berdasarkan satu garis keturunan sahaja, iaitu sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu: Ciri terpenting dlm sistem adat perpatih ialah susunan masyarakat yg bersendikan tradisi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unilateral


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
unilateral tradeperdagangan sehalaNIAGA
unilateral reliefpelepasan sepihakAKAUN, CUKAI
unilateral creditkredit cukai sepihakCUKAI

Kembali ke atas